aku saja ke yang lihat.
itu saja ke kita mampu buat.
itu saja ke kita masih semat
makin tolol kita dipijak.
tapak sakti kita sedar tak nampak
buat apa disuruh diingkar kita di tetak
mati kita disanjung hidup kita dimasak
apa guna hidup sebegini rupa
ramai gantung ramai potong ramai lupa
tanah kita kita punya
jangan diberi pada mereka pencacai tua mulanya.
yang batang sudah keras yang tunas malas lembut
kepala jaga sendiri bukan aku punya rambut.
malas turun takhta nafas sudah semput
bangunlah hoi mimpi habis ramai kejut.
angkat kencing dia tinggi tinggi kita bangga
angkat tasbih lihat siapa saja mahu kira
tunjuk atas langit tidak tahu siapa ada sana
belum sedar. patah kaki nanti kena.
katup mulut malas bicara.
kata kata tak seperti pendita.
siapa mahu dengar siapalah kita
kucup baru tumbuh satu hah mana mahu cuba.
sampai masa aku tunjuk hak kita
biar mereka tahu penting mana kita.
satu2 lepas tali silakan semua.
kita satu kita tunjuk suara